Sunday, 24 June 2012

Set B atau Set C mana lebih baik untuk Ibu baru bersalin

Set B atau Set C, yang mana lebih baik?

Ibu yang baru bersalin - acik mimie sarankan Set C. Kenapa set C? Di dalam set C, ia mengandungi VitaLea, Bcomplex, Vitamin C dan Zinc.

 Ya, pasti ada yang kata, saya nak menyusukan bayi saya. Saya nak banyakkan susu.

Itu sudah pasti. Ramai ibu-ibu mahukan keadaan begitu.

Sebelum acik mimie cerita lebih panjang, kita lihat dahulu setiap satu produk yang ada di dalam Set C :

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu, multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Zinc

Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet. Kepentingan zink antara lainnya :

1. penting untuk sistem pertahanan badan- immune system

2. bertindak sebagai anti oksidan

3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain

4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka

5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu

6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat

7. mengawal rasa,bau dan selera

8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

Jadi, yang mana lebih penting buat masa ini, iaitu selepas ibu itu melahirkan? Sudah tentu fokus utama pada ketika itu ialah memastikan tubuh ibu itu sihat. Sekiranya ibu masih lagi mengalami sakit selepas bersalin (stress/trauma) ini sedikit sebanyak boleh merencatkan penghasilan susu seterusnya mengganggu penyusuan si kecil. Dan kemudian, ibu akan bertambah-tambah stressnya sebab dia merasakan dia tidak dapat menyusukan bayi.

Sudah nampak ke mana arah tuju kita? Mahu Set B atau Set C? Teruskan pembacaan kalian!

STRESS - adalah musuh utama. Bila si ibu sudah masuk mode ini, tubuhnya akan fokus kepada stress itu dan merencat segala hormon terutamanya hormon oxytocin. Dan apabila hormon oxytocin terencat, walaupun ada penghisapan bayi, produksi susu akan sedikit terganggu.

Bcomplex membantu menenangkan emosi si ibu, manakala Zink membantu memulihkan luka pada si ibu. Bila kedua-duanya bertindak, maka si ibu akan lebih cepat bersedia (badan dah sihat!) untuk menyusukan si kecil. Selain dari Set C, kalsium (Ostematrix) amat diperlukan dalam badan. Ini untuk menggantikan kalsium yang hilang semasa proses kelahiran. Kalsium sepatutnya mula diambil semasa kehamilan lagi. Ini boleh mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. Kalsium diperlukan dalam proses pembekuan darah selepas kelahiran.

Bagaimana pula dengan penyusuan? Adakah susu saya cukup? Adakah bayi saya kenyang?

heee.. ini ialah soalan lazim. Pada awal-awal kelahiran, perkara utama yang perlu diberi perhatian ketika penyusuan ialah posisi penyusuan dan pelekapan bayi semasa menyusu. Ada posisi yang selesa buat ibu A tetapi tidak buat ibu B. Manakala pelekapan yang betul perlu supaya ia tidak meudaratkan si kecil dan si ibu. Sekiranya dua perkara ini diberi perhatian, InsyaAllah penyusuan pasti berjaya! Jangan susah hati, anda pasti mendapat konsultansi penuh dari acik mimie .

conclusionnya untuk ibu ibu yang baru melahirkan/dalam pantang concentrate dulu untuk set C .
salam sayang 
 acik mimie

Lecithin dan ibu menyusu

Hari ini  acik mimie nak share tentang kebaikan Lecitihin. Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

LECITHIN

·        Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
·        Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
·        Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
·        Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 

KANDUNGAN
·        Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian .
·        Kolin – satu komponen neurotransmitter
·        Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
·        Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1.     PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
·        Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
·        Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan      meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
·        Membantu mengawal paras triglycerides
·        Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
·        Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
·        Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·        Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·        Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3.     UNTUK KAUM TUA
·        Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
·        Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4.     UNTUK PENGHADAMAN
·        Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5.     UNTUK SEL
·        Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
·        Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh  badan kita

6.     UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
·        Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
·        Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
·        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
                   47 mg phosphatidylinositol


 Anda mahu mencuba? Hanya tambahkan RM52 dengan mana2 pembelian trial pack untuk mendapatkan 180's Lecithin dan rasakan perbezaannya!

Lecithin Vs Omega

Salam ibu-ibu cantik di luar sana...

Hari ini ramai yang buat pesanan Lecithin terutama dikalangan ibu-ibu yang mula menghadapi masalah kehilangan bentuk badan yang asal. Ditambah selepas melahirkan dan menyusukan anak, ada segelintir ibu yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan selain bentuk yang mengembang.


Bolehkah ibu menyusu mengambil Lecithin? Boleh baca artikel saya sebelum ini DI SINI.

Selain Lecithin, satu lagi yang bagus diambil dan sesuai untuk penyusuan ialah Omega. Namun tahukah ibu2 terutama yang mengambil Omega dalam memastikan DHA susuibu dapat dibekalkan dengan baik, ia juga membantu meningkatkat kolestrol baik HDL dalam badan? Maka dengan ini ia juga secara tidak langsung membantu membakar lemak! Maka ianya baik untuk ibu dan juga bayi!

Antara lecithin dan omega apa bezanya? Jika dua-dua ini bagus untuk bakar lemak, mana satu patut saya pilih? Saya bagi anologi yang sangat mudah. Jika anda hendak ke Penang dari Kuala Lumpur, ada dua cara yang kita tahu, sama guna cara darat iaitu kereta  atau udara, iaitu kapal terbang. Jika naik kapal terbang memang jimat masa dan kita pun tak penat, namun kos dia memang besar. Berbanding naik kereta, mungkin kita perlukan masa lebih lama namun kos dia juga sedikit ringan.



Maka balik pada individu, kemampuan setiap orang berbeza. Even kita tahu, mereka yang ada lebihan rezeki sanggup bayar kat Pusat Kecantikan untuk dapatkan bentuk badan yang menawan. Balik pada kita, mana yang kita mampu dan sanggup usahakan.




Saya yakin ramai wanita, isteri dan para ibu tidak mahu menjadi seperti ini.....


atau seperti ini (im becoming like this or already like this huhu)

NO NO NO NO

Maka pengambilan makanan dan cara hidup kita perlu seimbang.... walaupun banyak pusat kecantikan yang boleh membantu namun kosnya pastilah tinggi.

Namun bagi saya, Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.


Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.


Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan Omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.


Salam...
Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh turunkan berat badan dan apa yang saya makan untuk dapatkan berat badan yang ideal dengan ketinggian saya..

Selain dari amalkan HERBLAX SHAKLEE dan LECITHIN SHAKLEE ada tips lain yang saya ingin kongsikan disini..memang pada mulanya agak sukar untuk saya lakukan..tapi jika kita mahu berubah sudah tentu ianya menjadi sesuatu yang mudah dan indah.. ;)

1. Hindari makanan berlemak dan kurangkan karbohidrat.

Makanan berlemak adalah musuh utama saya sewaktu proses diet berjalan..makanan seperti masak lomak cili api memang saya stopkan dulu, selain KFC dan PIZZA juga kene stop ye..makanan karbohidrat seperti nasi kene kurangkan..memang makanan ruji rakyat malaysia terutama orang melayu susah nak tinggalkan nasi..tapi kalau dah biasa tak kan jadi masalah..Untuk menu makan tengahari kalau nak makan nasi boleh tapi nasi lebih kurang 1/3 dari pinggan kecil ye..yang 2/3 adalah lauk dan lebihkan sayur.

2. Kurangkan gula dalam minuman anda.

Cuba untuk kurangkan minuman manis...terutama sekali minuman dalam tin yang memang kita sedia tahu bahawa manis dan sedapkan..hadkan jumlah kalori anda setiap hari..apa kata anda jadikan AIR MASAK sebagai teman setia..air masak mampu meningkatkan metabolisma badan kita..jumlah air masak yang saya minum setiap hari wajib 3liter..

3. Makan minima 3kali sehari

Jangan skip meal jika anda ingin diet..makan ikut jadual..sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam (sebaik2nya sebelum pukul 7malam). Nasihat saya kurangkan makan,tapi boleh makan kerap..jika kita makan kurang dari 3kali sehari akan menurunkan kadar metabolisma kita dan proses pembakaran lemak akan menjadi lambat, makanya jangan anggap kita makan 2 atau sekali sehari berat badan boleh turun dengan cepat ye..

4. Makan 3jam sebelum tidur.

Adalah menjadi kesalahan mengambil makan malam kurang dari 3jam sebelum tidur..makanan yang anda makan kurang dari 3jam sebelum tidur tidak dapat diproses sewaktu tidur dan akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak, ini adalah kerana metabolisma badan kita akan kurang bekerja sewaktu kita tidur. Cubalah amalkan lepas makan terus tidur tak payah lamalah dalam 2minggu je anda akan dapat hasil babat2 yang tak indah disekitar perut anda nanti..hehe..

5. Banyakkan makanan rebus dan sup.

Meehoon sup akan menjadi menu wajib saya setiap hari sepanjang proses diet saya..kadang-kadang saya akan tukar menu kepada meehoon tomyam atau sup sayur..makanan rebus yang pastinya sangat bagus sebab ia kurang minyak..kurangkan makanan bergoreng..nampak macam susahkan..tapi kalau dah menjadi kebiasaan tak jadi masalah pun..kalau saya rasa lapar saya akan kunyah buah epal hijau atau makan biskut dan banyak minum air masak..

6. Bersenam atau Aerobic

Bersenam pada mulanya saya cuma main skipping dan hullahoop je kat rumah..memang berpeluh..saya tak buat hari-hari..seminggu 3kali dan 1jam setiap sesi dah cukup..Aerobic yang banyak membantu saya untuk kekal fit dan sihat..saya suka aerobic..hehe..

7. Tidur dan rehat yang cukup.

Tahukah anda kita wajib tidur 6-8jam sehari..masa tidur ni lah kita akan berehat dan jika anda nak turunkan berat badan jangan kurang tidur dari 7jam..itu yang cikgu aerobic saya bagi tau..

8. Kawal nafsu makan.

Ini adalah yang paling susah untuk saya lakukan masa permulaan diet saya..kalau sebelum ni saya adalah kategori yang kuat makan..lagilah saya menyusukan anak dan boleh kata saya sentiasa lapar..tapi bila genap je Haikal 2tahun dan saya pun dah tak pam susu lagi time keje jadi saya berani untuk diet..mula-mula nak kawal nafsu makan memang susah tapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi..Alhamdulillah saya berjaya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya lebih kurang 6bulan..yang penting kene NEKAD,SABAR dan USAHA kene seiring.. 

Anda boleh membuat pilihan yang mana SATU pilihan anda mengikut bajet samada ingin bajet yang murah ataupun yang mahal namun jika anda ingin combinekan kedua-keduanya sekali anda boleh hubungi saya untuk konsultasi cara yang betul. Testimoni di atas adalah panduan sahaja dan ianya tidak sama dengan diri kita, saya perlu mengetahui
berat, jantina, umur dan corak pemakanan agar anda mendapat hasil yang memuaskan.
Testimoni Acik Mimie sendiri





Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
email acik mimie di acikmimie@gmail.com untuk maklumat lanjut