Tuesday, 22 May 2012

Preview B - Complex


Antara vitamin Shaklee yang tarawal acik mimie makan 3 tahun dulu ialah set untuk ibu menyusu - SET B (Bcomplex, vita lea, Vita C , alfafa) dan kesemua produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini dan telah ditambah beberapa supplemen yang lain. 

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 

2. Riboflavin (B-2), 

3. Niacin (B-3), 

4. Pantothenic acid (B-5), 

5. Pyridoxine (B-6), 

6. Folic acid (B-9)

7. Cobalamin (B-12) dan 

8. Biotin.


Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.



Benarkah makan B- Complex menggemukkan ???

acik mimie telah amalkan B complex selama 3 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Acik mimie bagi contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka  secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Acik mimie memang suka B complex Shaklee kerana  yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.
Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi yang jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.

B complex sangat membantu anda aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar.

BERMINAT ???
jangan segan segan hubungi acik mimie untuk maklumat lanjut dan konsultasi produk


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
credit 

Thursday, 17 May 2012

power pumping


mari acik mimie share tentang power pumping ..

source - along mamayangcekal



Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. 


Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen. 

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Gabungan Vitamin untuk kulit Cantik dan Menawan


soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. 

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat. 

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
_________________________________________________________________________________________________

Menarik bukan. Sebab tu lah didalam set D adalah utk mereka yang nak kulit cantik.. Apa ada didalamnya? >>>> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on zinc dan carotomax atau GLA complex . 

Jom order sekarang.. email / sms acik mimie
credit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

GLA complex Shaklee

Ada yang pernah bertanya, Shaklee ada EPO (Evening Primrose Oil) atau tidak?

Jawapannya, ADA!


Suplemen Evening Primrose Oil, atau dengan nama singkatan nya EPO, amat masyhur di kalangan wanita. Ada yang menggunakan sejak dari muda, ada yang mengamalkan bila dah berusia, terutama apabila hampir-hampir menopause, dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga, untuk menstabilkan hormon kewanitaan. Pendek kata, ada sesetengahnya yang berkata, "Kalau tak ambil suplemen lain pun takpalah, asalkan jangan skip makan EPO". Begitu sekali impak EPO kepada kaum wanita!

Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Owh ya, dalam GLA Complex ini, turut ada kandungan Vitamin E yang asli dan Minyak biji matahari.

GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linelonic Acid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA - gamma-linolenic acid.


Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. Jika anda tahu apa kandungan EPO, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang GLA bukan, kerana EPO kaya dengan sumber GLA.




Tips :
♥ Ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.
♥ GLA juga bagus untuk kesuburan, kecantikan kulit dan kestabilan hormon.
♥ GLA juga bagus utk mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.



kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex

•Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

•Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!


•Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain


•Membantu dalam menangani menopus


•Menguatkan kuku dan rambut


•Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri


•Membantu menangani ekzema


•Melegakan simptom akibat artritis reumatoid


•Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri


•Menguatkan imuniti tubuh


•Memperlahankan proses penuaan


•Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung


•Mengawal kencing manis dan darah tinggi


•Mengawal kolesterol


•Untuk fungsi saraf




Sila hubungi acik mimie untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari acik mimie ...

 
credit
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

GLA Complex - Womens Fav


Mari baca apa itu GLA 

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

Sumber GLA
 Minyak Primrose
Blackcurrent
Minyak Borage

Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

 

Siapa yg perlukan GLA Complex:
 
~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)
~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)

  • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS - Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
  • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser









 Siapa Tidak Perlu Supplement GLA
  • GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.



BERMINAT ???

hubungi acik mimie untuk tempahan dan maklumat lanjut


Wednesday, 16 May 2012

owhh Susu Badan saya Kurang !!



Bagi ibu yang menyusukan anak, terutama ibu bekerja, masalah yang paling utama dan kerap dihadapi ialah bila susu ibu kurang dari biasa. Biasanya ibu mengalami keadaan susu ibu kurang bila:
  • Ibu dah mula bekerja 
  • Ibu mula kedatangan haid
  • Puasa .. puasa ganti pun sama !
  • Ibu tidak konsisten mengepam susu
  • Anak mulai makan dan kurang menyusu
  • Ibu outstation dan kurang mengepam susu
  • Ibu mengandung lagi
  • Ibu mengambil ubatan tertentu
  • Ibu dalam keadaan stress
Walau bagaimanapun, konsep penyusuan ialah "bekalan berdasarkan permintaan" jadi selagi ada permintaan (hisapan anak atau pam), susu ibu akan terus ada (sekiranya ibu mengepam dan menyusukan anak).

Susu yang cair atau pekat bergantung kepada cuaca, umur anak dan praktik ibu. Misalnya ibu yang suka mengepam semasa payudara bengkak akan dapati susu badan yang diperah kelihatan cair. Susu ibu adalah susu paling berkualiti, walaupun ibu sendiri kekurangan nutrisi.

Namun, sebagai wanita masakini yang multitasking, ibu ada pilihan untuk menjalani hidup yang lebih baik dengan pengambilan supplement. Bukan sahaja ia membantu dalam kehidupan harian (dalam hal mempercukupkan zat yang kurang) tetapi juga melancarkan proses penyusuan. Misalnya, susu ibu mungkin kurang bila ibu stress atau tertekan. Jadi, pengambilan B Complex sangat bagus untuk melegakan tekanan pada badan dan otak.

Ibu bukan sekadar ibu, ibu juga adalah isteri, anak, kakak kawan, pekerja dan banyak lagi peranannya. Jadi ibu memerlukan sokongan yang kuat. Lebih-lebih lagi di zaman yang terlalu banyak pencemaran.

Jadi, pilihan untuk mengambil suplemen adalah sangat tepat bagi ibu yang sentiasa kepenatan. Antara pilihan ialah:



  • Vita-Lea
  • B Com
  • Vita-C
  • Ostematrix
  • Energizing Soy Protein
  • Alfalfa





Hubungi acik mimie untuk maklumat lanjut

Testimoni Acik Mimie - Berpantang dengan Shaklee Set C


Salam..

kali ni acik mimie nak share supplement acik mimie ketika berpantang anak ke 3 .
dah jadi trend era ini, ramai yang berpantang dengan supplement compare to jamu . allhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan malah pada acik mimie jauh lebih hebat dan selamat dari jamu. kenapa ?

1. WEIGHT LOSS - penurunan berat badan yang konsisten dan selamat .. acik mimie gain weight sampai 15kg time pregnant , masuk keje balik lepas 2 bulan allhamdulillah still muat baju baju lama. 60 hari dalam pantang hilang 13kg ...

stok EBM terkini acik mimie

2. BREASTMILK - memang meriah dan penuh nutrisi.
3. BABY kurang meragam - yela perut kenyang, susu penuh zat,  allhamdulillah acik mimie dapat banyak berehat ketika dalam pantang.
4. TENAGA - badan memang recover cepat, rasa sihat dan lebih bertenaga
5. LUKA JAHIT - sembuh cepat .. memang boleh rasa kali ni memang cepat baik dan jahitan pun bercantum cantik .
6. BERTENAGA - ye betul ... acik mimie rasa bertenaga dan tak mudah letih dan stress, acik mimie berpantang sendiri (sebab Danial sekolah), hanya 2 minggu pertama di temani mak , selebihnya acik mimie handle sendiri.

pstt :- acik mimie dah beranak 3 , macam macam pengalaman dan set jamu dah cuba , SHAKLEE terbaik !!!


so, Bagi ibu-ibu yang berpantang atau bakal berpantang anda boleh memilih untuk mengambil SET BERPANTANG DARI SHAKLEE

Apa yang ada dalam set ini :
 
zinc shaklee
Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

 
vitalea shaklee

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

 
b complex shaklee
B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

 
vita c shaklee
Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.




Apakah keistimewaan tambahan set bersalin Shaklee?


1- Diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang sesuai untuk tubuh kita.
2- Bahan-bahan yang bermutu tinggi memastikan bioavailability yang optimum.
3- Badan tidak perlu menguraikan bahan makanan kepada nutrien teringkas. Ini menjadikan tubuh kita 'kurang kerja'.
4- Sangat sesuai untuk penyusuan.
5- Mengelakkan meroyan.
6- Mudah dan tiada kesan sampingan.
7- Boleh dimakan sampai bila2, walaupun sudah habis pantang.
8- Juga boleh dikongsi bersama suami.


untuk weight management, acik mimie top up dengan Lechitin dan Soy Protein. Dua produk ini memang membantu mendapatkan kembali berat badan sebelum bersalin dan yang paling ideal buat acik mimie .


BERMINAT ???? BERI PELUANG PADA DIRI ANDA 
UNTUK MERASAI SUPPLEMENT SEMULAJADI DARI SHAKLEE

HUBUNGI ACIK MIMIE UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PESANAN PRODUK


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 15 May 2012

Mari baca info tentang Vitamin E




Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin seperti beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.


Vitamin yang ibu maksudkan ialah Vitamin E.
Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


Credit to http://moodpro.tripod.com


dalam bentuk yang mudah difahami  :


1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.


2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.


4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.


5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.


awet muda dengan vitamin E



credit

Tips kulit sihat


Semua orang nak nampak cantik , bersih dan berseri....tips ni nampak simple dan mudah dipraktikkan. Sama ada rajin dengan tidak aje nak praktik :)

Untuk kulit wajah, pastikan minum air secukupnya. Jika tidak jerawat halus mahupun jerawat batu mudah keluar ditambah kekurangan air boleh mengganggu kepekatan darah dan kestabilan hormon. Pastikan tidur pada waktu malam dengan keperluan tidur yang mencukupi.

 Basuh muka dengan pencuci muka yang bersesuaian. Elakkan pencuci yang beri kesan kulit kering atau terlalu lembab....cuba basih muka minima 2 kali sehari....
Scrub wajah setiap 2-3 hari skali dengan scrub yang tidak terlalu kasar biji-bijiannya.

Bagi kulit badan pula, pastikan kita gunakan pelbagai jenis sabun mandi. Jangan bergantung pada satu jenis kerana kandungan sabun tersebut boleh buatkan tindakbalas dalam jangka panjang. Cuba selang selikan penggunaan sabun ...contohnya jika mandi pagi guna sabun X, nanti petang gunakan sabun Y. Esok pula mandi dengan sabun Z.....so kulit kita akan keep moist. Tak percaya, then cuba !


Jangan lupa scrub badan juga 2-3 hari demi membuang sel mati dan daki yang liat....dengan ini kita akan punyai kulit yang cantik, bersih dan sihat.


Untuk vitamin pula, makanlah vitamin B, C dan vitamin E untuk cantik. Dengan pengambilan yang betul dan air mencukupi kulit wajah nampak cantik, bersih dan berseri! Oh ya, awak akan nampak muda juga!

 

Banyakkan makan buah-buahan untuk kulit yang bersinar! 

Pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Namun ambillah vitamin E yang asli ditulis pada botol alpha tocopherol....serta perlu diambil bersama selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Jika anda konsisten dalam 14 hari, akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....selamat mencuba. Bagi ibu yang menghadapi warna erola yang hitam dan tidak menarik, anda patut mencuba dengan vitamin E bagi mendapatkan warna erola yang asal.

  


di bawah adalah supplement untuk set kulit gebu menawan  



ada bajet lebih ???? acik mimie amat menggalakkan add on ESP .




berminat ???? jangan segan hubungi acik mimie ....
pstttt ... jgn kedekut melabur untuk kulit ye 


credit


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.