Ketahui kenapa anda tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin/suplemen
Ada segelintir kumpulan pengamal
vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan
vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan
minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air
yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan
kegemukan. Kita disarankan
mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan
vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin
secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada
masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak
tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka
cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan
keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada
satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu
dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor
atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan
pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru
dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual,
sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh
amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda
perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan
vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah
anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam
badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara
berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka
kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara
berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin
yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini
kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda
vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh
mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa
lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak
disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko
keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk
membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya
tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri
pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan
jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin
yang anda beli!
Apapun makanlah dengan ilmu.
Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda
amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan
bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk
mempercepatkan penghasilan susuibu.
No comments:
Post a Comment