Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.
Daripada beberapa
pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita
mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60 minit.
Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi
masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth
spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari
biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa
lapang boleh buat hari-hari. Sebaiknya lakukan kerana ketika itu
hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada
waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta
dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah
berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah
yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu
kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan
susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).
Bagi
ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang
kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga.
Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.
Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah. Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

No comments:
Post a Comment