Friday, 4 May 2012

4 Set Penyusuan Shaklee Yang Popular






1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


 2. Set Eu Four Pack

  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


3. Set E

  • Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ni lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. 
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 
  • Membantu Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. 
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.



4. Set 3M

  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Untuk menjayakan penyusuan bayi secara eksklusif tidak kira selama 6 bulan atau 2 tahun menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.



Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee

3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. l. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.



hubungi acik mimie untuk keterangan lebih lanjut dan dapatkan konsultasi dan tips percuma sekiranya anda mendapatkan mana mana set penyusuan di atas.

No comments:

Post a Comment